nuff

(7/4/2011 12:12:09 AM): hepi besdei adik nur abg aidil...

(7/4/2011 12:18:41 AM): jangan nakal2.. jaga diri baek2... jgn sayang abg aidil byk2.. jgn ngalir2 air mata sbb abg aidil .. andai satu hari nanti abg aidil tade... jgn susah2 kan diri... masih ada insan lain yg sayang dgn adik nur.... abg aidil bukan sapa2... abg aidil hanya insan biasa yg masih mencari kehilangan diri sendiri... abg aidil tak mau adik nur sentiasa bersedih krn abg aidil ...

test

tQ 4 kLik!~ (pls klik...lg rm15 nak dpt my 1st rm50. huhuhuu)

About this blog

ini blog rojak!! kekekekee

so.. enjoy! =) agagagagaa

Monday, December 26, 2011

Sungguh Aku Mengerti - Amisha Dania

Salam...

Novel kedua Amisha Dania selepas Pelukan Cinta.

Biasa2. Clise. Still tak bosan.

Terima kasih utk satu lagi naskah yg sweet.




Saturday, December 24, 2011

Cinta Tak Terucap & Akukah Juwita

 Assalamualaikum sahabat :)
Wahhh.. rasa hepi pulak hari ni. Walaupun hari ni sabtu bercuti. Poslaju tak cuti rupanya!! Hikkk..
Tq kaki novel juga abg posmen!!
okek!!.. sila sambung jeles korang!! Hahahahaa.. ;)

Sunday, December 18, 2011

Novel Aku

Salam... erhm.. pekabar sahabat. Sihat? Musim2 ujan ni . Kesihatan tak menentu. Ye tak?

1 novel dah lama beli dan 1 novel bulan disember. Kot? Huhuhuhu STML. Iskk..

Ramai dah baca kan?

Opsss..  ade lg.

Hati kala cinta, sisa sebuah cinta, syurga diwajahmu dan aku bukan mistress.. ahh.. ade lg sebenar.. tak sempat snap. Hohohooo..

C yaaa! ;;)



Wednesday, December 7, 2011

Spesial! Opsss!!

Taktau nak kata ape.. mcm novel indonesia pula nak guna perkataan baku.

Betul ke word ni ade dlm kamus bahasa malaysia?

kekadang rasa mcm so sial! Bkn sosial mahupun SPESIAL oke!

tolong alert. Mekaseh :)

Ops.. terlebih sudah..


Thursday, December 1, 2011

Kerana Sebuah Janji Nozi. (KORANG TOLONG JGN JELES!)

HIKHIKHik...

Salam...

Oke! Tolong..tolong jgn jeles! Muekekekeke! Kidding!

baru semalam KN post kat wall fb kata dua novel dis baru sampai.

Alhamdulillah.. saya jd salah seorang yg KN pos pesanan saya order. Luv u KN! Muahhhck!

yg best lg.. sy dapat juga signature nozi! Huhuhuu syiokkk!

Cover novel ni pun sangat cantik! Ape org pgl.. glitter2.. kot! Salah tlg betulkan ya.

Siap ade tulisan korea je jepun ke..ntah la. Hekhekk..:)

Tp terkilan.. novel Nozi sangat best tp sangat nipis.. bakpo lagu tu? Huhuhuu.. len kali wat tebal2 ek! (Sukasuki jeh) ;)

jum baca!!! KERANA SEBUAH JANJI ~NOZI DANISYA yg manis~




Thursday, November 24, 2011

Komik!!! Yay!!!

Salamun alaika...

Betol2 dah lama tak layan komik ni... ade nak 4 bulan.

Pastu semalam dah tamau tangguh2 lag... berdesuppp dlm hujan drive cari 7e

Belek2... dapatlaaa 5buah komik ini..

Dari sept oct nov.. huhuhuuu...

Saya bukan aje gila novel. Komik pun gila tau! Isk isk iskk!!

sape penah baca YOMOGI, SUARA DARI LANGIT, dan yang best MAID MAIDEN!! Wahhhh!! Gila2!!

P/s: dua novel belum abis baca. AKU,DIA&.COM, ANGEL IN THE DEVIL'S SUIT

aku yg gilakan semua jenis bAhan bacaan santai.. huwaaaa!!




Tuesday, November 15, 2011

GiLA!!~ Aku Jatuh Cinta Pada HiLMAN!!

SiYES!!!! tak tipu punya!

huhuuhuu.. malam ni cuma sempat baca 1 n3 saje dr blog Hanni Ramsul.
mesti ramai tau n3 novel ape.

sape tak suka Encik Fir tu.. aku pun! hehehe

tapi tibA2 hati aku terdetik.

Hilman yang terbaik.. Hilman yang romantis..

Hilman yang Soleh.

Tak tipu! Aku dah jatuh cinta dengan dia

aku tersedar aku jatuh cinta dengan dia..

aku tersedar dia tiada "tandingan" ( wat masa ni) hakhakhakkk...

iskkk... ok2.. nnt sambung :D




---[[[ A.i.D.S ]]]---  Aku.iNgin.Di.Sayangi

Thursday, November 10, 2011

Selingan ***~ Hati Aku Luka Parah Rindukan Engkau!! ~***





ai miss yu .. ai do miss yu!! damn much!

"melihat" engkau dari jauh menambah kelukaan hati akibat perjalanan kisah kita.

"mendengar" engkau membuat hati terhiris pilu kerana kita tak seperti dulu.

memikirkan engkau, hati menangis merintih tak berlagu.

kekoknya untuk kembali seperti dulu.

cinta kasih sayang rindu masih seperti dulu tapi tidak kita.

engkau makin jauh.. aku makin menjauh demi engkau aku sayang.

jika ini adalah cinta
jika ini adalah deritaku
dan jika aku yang harus dipersalahkan
aku tidak akan mengatakan tidak!
dan jika hidupku hanya dalam kelukaan
aku akan menjalaninya




Salam Sayang Dan Rindu Selamanya ~ Adik Nur ~





---[[[ A.i.D.S ]]]---       Aku.Ingin.Di.Sayangi


Thursday, November 3, 2011

Biarkan Ia Berlalu - Sha Ibrahim






Salam alaik..

Perghh.. Memang gila tebal laa novel Sha ni.. Tengok laa beza novel Setia Hujung Nyawa tu.

Tahniah Sha lahirkan 1st baby.
Dan saya tunggu 2nd baby, Dia Segalanya ;)

Ps:pic akan di edit kemudian..hailaa
Published with Blogger-droid v1.7.4

Test

Just 4 test via phone
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 29, 2011

Akhirnya Aku Kahwin! ~ Herna Diana~



Muahahahaaa!! n again.. maap2.. lupa nak rotate lg! hekhekehkk..

dah hampir 2 ke 3 minggu novel ni ade dlm tangan tp tak sentuh2 lagi...

hailaaaaa... punya virus M dtg punya lama.

aahh.. ramai yang ingatkan penulis novel ni? penulis CINTA 3 SUKU :) saya suka!

sebab tu tak teragak2 sambar novel ni.

1 lg.. covernya sangat2 .....? iskkk perkataan ape yg nak keluarkan ni.. hehehehee

JUM BACA NOVEL ni. ;))




Photobucket



---[[[ A.i.D.S ]]]---

Thursday, October 20, 2011

Akhir Sebuah Cinta S.N. Dhuha

Assalamualaikum sahabat :)





Saya baru aje selesai baca novel ini.
Akhir Sebuah Cinta. Sangat best. Dari awal saya dah tersengih2 membacanya.

Tapi yg buat saya geram rasa nak geget2 aje novel ni adalah, ending dia! Tension gila woooo!!

Jangan laa buat pembaca mcm ni uhuhuhuuuuu.....

Tahniah Siti Nur Dhuha ;)
 alamakkk... lupa rotate.. agagagagaaa..kira halal laa ya :p

Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 1, 2011

Perfume BoutiQue ~** LAncome Miracle So Magic!**~

Assalamualaikum wbt Sahabat :)


nampaknya mulai hari ini post blog di sini dah berubah sikit( kalau rajin) huhuhuu

saya akan mula menjual produk atas nama loose perfume( tanpa kotak)

Jangan risau. perfume ni 100% ORIGINAL. InsyaALLAH.

Sebarang pertanyaan boleh laa sms/call 0139113673. - Aish.

Harga yang dipamer adalah termasuk dengan kos penghantaran!! ( hoyayyy!!~) :D

p/s : sudikanlah mengorder.


Kami mejual dan membekal pelbagai koleksi branded rejected perfume pada harga yang rendah.
Isi kandungan minyak wangi dan haruman adalah sama seperti di kaunter
Perfume reject kerana packaging sahaja. Kualiti 100% sama seperti kaunter
Oleh sebab itu setiap item tiada mempunyai kotak dan akan diberi uncang baldu.
Pengiriman juga boleh diuruskan untuk seluruh Malaysia
P/S : Kami TIDAK menjual perfume grade AA, AAA dan etc. Jaminan wang dikembalikan jika terbukti tiruan

ini first post utk perfume. boleh contact utk tanya perfume pilihan anda. Terima kasih :)






kod : L01




100ml rm169




Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Friday, September 23, 2011

salam aidilfitri!!!!

Yehaaa...selama hmpir 3bulan kehilangan sweetheart(hp)..akhirnya dpt jugak pengganti.
Kikikikikiki

Betapa malasnya nak update guna lappy (cehhh bajet mcm ade yg kisah je...huehuehuee)


Ermmm tak lupa juga nak ucapkan terima kasih banyak banyak pd anda semua yg sudi jd follower saya :)

salam sayang dan rindu sokmo!~
Hikhikhik

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, August 23, 2011

Alaf 21 ~~~>> Penanda Novel

Salamun alaik ya sahabat! :)

salam ramadhan ke23. macam mana dengan puasa korang?

persiapan raya? baju raya, kasut raya? bajet raya? duit raya? semua pasal raya! hikhikkk


***********************

okek ni nak cite sikit laaaa... dan juga nak tanya korang.

akhir-akhir ni saya rajin beli novel terbitan ALAF 21. mula-mula, tengok takde penanda novel..dalam hati kata "takpelaa.. mebi terlupa letak"

then beli lagi... takde lagi. dalam hati "iskkk..menyusahkan betul laa.. " kena cari kertas2 sbb sayang nak KELEPEK muka surat.

dua hari lepas saya beli lg ALAF 21, arini baru nak layan... belek2... takde jugak penandanya!!!

mara ni mara... apekah berlaku kejimatan di ALAF 21?

adakah saya saje yg terkena novel yg tiada penanda atau memang tiada penanda?

cer cite cer cite?

Selamat Mencari Malam LAILATUL QADAR dan Selamat HAri Raya Aidilfitri

Maaf Zahir Dan Batin :)




Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan ::: Tetamu Yang Dirindui

Assalamualaikum WBT ya kekawan! :)

malam ini 31/7/2011 merupakan Terawih malam pertama di bulan ramadhan bg tahun ini.

ramadhan datang lg, Alhamdulillah kita masih dpt menunaikannya utk saat ini..

bermakna ALLAH masih panjangkan hayat kita utk menikmati nikmat yg ALLAH beri

esok2 kita tidak tahu nasib kita bagaimana.

jadi, sama2 laa kita berebut tawaran yang Ramadhan tawarkan kpd kita.

sangat rugi rasanya jika tidak merebutnya.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak.





Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Wednesday, July 27, 2011

Cinta Kontrak ~ Nurul Ain Syuhada




Salamun alaikk!! :) how r yu kekawan? :)

haaaa... ni novel sangat best! rugi kalo tak beli. :p

mukasurat 1 je dah senyum golek2 tau! :D

Airysh yg mmg gila muslimah brutal :)

Danial yg..... siapa sangka mencintai gadis mcm Airysh.( aku nak pakwe mcm Danial, plss toleh kat aku) kikikikikiki

setiap bab senyum golek2... senyum guling2... tak percaya??? percayalaaaa...( sebab aku supan) hehehe

sedih sampai muncung2 mulut, kembung pipi sebab malu nak nangis depan orang ramai huhuhuuuuu...

Danial.... gila sgt GEDIK ok!!! mami... danny! hahahahaaaaa...  taktahan aku layan danny

p/s :: 1st nite.... just "Jangan tido...."  aku tetap kena karan!! walawehhhh! :P


Tahniah Nurul Ain Syuhada !! TERBAEKKK!!

p/s :: majokk sebab ain tak war2 kan novel dah kuar.. :( sob sob sob!! ( ehh.... ke aku yg tak perasan dia ade bgtau... hikhikkkk)


Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Monday, July 25, 2011

Wajah Seiras Cinta- Salina Salleh

Wajah Seiras Cinta.

Bicaramu memujukku datang,
Naluriku membisikkan pergi.


Salamun alaik :)

Macam biasa laaa.. Malas nak update! Hue hue hue!!

Arini saya abiskan novel ni.

Penulisan formal dan baku.

Berkisar tentang jin dan iblis.. Iblis musuh yg nyata.

Dimana kerjanya menyesatkan umat islam.

Alhamdulillah. Banyak pengetahuan yg saya dapat.

Sedikit terkilan kerana epilognya tergesa2 tanpa ade kesudahan watak2 Jamal, Halimatul, Alim, Sidi

Sedangkan pada mulanya menyaksakan novel ni novel seram atau mistik yg biasa kita baca.

Diakhir dedikasi penulis, baru saya phm mengapa penggunaan bahasanya baku. Penulis berasal dari Brunei :)


P/s : apa maksud RENJANA?
Published with Blogger-droid v1.6.7

Monday, June 27, 2011

Kasih Benar Kasih - Aleya Aneesa

"awak ni comel macam arnab sayalah! " Dr. Dinzley



nGaaaaa! So cute!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, June 25, 2011

Sepah ~ Juara Maharaja LAwak!

MANISNYA KURMA INI..... HAAAAA... SEMPUT LAGI!

kahkahkahkahkah..













Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Friday, June 17, 2011

Jozan - ML =D




layankan aje!~

nGaaa!~ Maharaja Lawak minggu ke 11 - jozan

aku sangat sakit perut! kah kah kahhh




Photobucket



 ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Thursday, June 9, 2011

ku relakan cinta ini bertamu - Nuril aka uCi


Salam alaik... :)

Novel ni baru aje selesai membacanya petang tadi.

Rata2 rasanya dah pun baca novel ni diblog beliau termasuk aku.hihihi

Prolog yang sangat baik, mencuit hati

Daniel dan Qish, dua2 perangai macam budak2 seperti mummy dan daddy kata.hikhik
Dari awal sampai akhir. Baloh saje!! Baloh2 manje kikikiki?

Konflik yg memang buat aku menitiskan air mata :'(

Naskah ini betul2 bg aku kepuasan dan rasa berbaloi memeluknya walaupun dah baca e-novelnya sampai abis .. kenapa?

Kerana konflik dah tamat pun masih ada lg kurang2nya 10 bab akhir.

Berbanding kebanyakkan novel lain,tamat konflik,hanya 1 2 bab akhir dan epilog.


Kepuasan nak baca happy ending tu dibantutkan dengan kependekan ending itu,


Aaaaaa...apo den melalut ni :p

Nuril, tahniah!!

Akak dah komen, ikhlas punyaaa :p tak suka kena suka jugak :d




Published with Blogger-droid v1.6.7

Sunday, June 5, 2011

DiJarak Rindu

telah aku mencuba melupakan segalanya

entah mengapa imaginasi sejarah yang lama

bukannya hari-hari kita semua alami

ku pedih menanti mengharap hari cepat berganti

kemana ku pergi apa dialami

hanya bayang dia di mana-mana

bila malam tiba ku pejam mata

kau masih di sana...

sejak ku pergi bagaimanakah kau kini

meniti hari apakah sesunyi ini

kosong dan sepi hanya rindu dalam hati

menemani bila sendiri

sejak kau pergi semakin aku mengerti

antara kita masih rindu merindu

ternyata aku terlalu mengharap tidak di jarak perindu (dijarak rinduku)

entah berapa lama jawapannya akan tiba

sesunggguhnya ku rasa amat berbisa

dijarak masa....uuhhh...


Adik Nur Miss Abg Aidil Damn Much! :'(








Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Saturday, May 28, 2011

Warna

Salam alaik...

Mcm lama tak update ..

Lama jugak tak baca mana2 n3 enovel. Hmmmm

Ni novel tajuk warna. Lamalah jugak dah baca ..

Ade 3 cerita dlm buku nih ..

Errrr tajuk ape,siyes dah lupa. Ngaaaa!!!

Tapi hanya 1 je yg terus lekat, Karamel :)

Hanya karamel je bg aku cerita yg menarik utk dibaca dlm warna ni. Sori keh!
Published with Blogger-droid v1.6.7

Tuesday, May 17, 2011

Cintamu Cintaku Satu

Salam. Heyyaa :)

Ni novel beli masa di pwtc kelmarin dulu.

Nice story. Tak bosan. Tak berat :)


Oo ya. Sape2 nak beli novel terpakai, buzz2 laaa ya. Bukan novel yg lama2 ya. :)
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, May 14, 2011

Pembalut Alaf 21

salam... :)


Baru jap td singgah kedai buku, beli 2 buah novel Alaf 21.


Tak pasti novel yg dibeli baru atau lama, yg penting belum baca! Heee!

Bukan nak cerita pasal novel, tapi.pembalut plastik :d

Yup, pmbalut plastik alaf 21 yg baru ni(baru la kot) lebih mesra pembaca. Lebih mudah dibuka!

Bkn seperti pembalut sedia ada yg terpaksa guna pisau,gunting dan sebgainya. Guna kuku pun belum tentu koyak. Hahaha


Ohhh.. Tajuk novel ni adalah SAYANGKU MERAJUK karya AYU EMELDA :)


Published with Blogger-droid v1.6.7

Thursday, May 12, 2011

7 Hari Mencintaiku

7 Hari Mencintaiku karya Siti Rozaimah

Novel ni adalah novel pertama yg saya beli di PWTC 30hb yg lepas selepas penat jelajah.

walahh.... novel ini siap ade signature beliau ok!! 

nak bergambar...hmmmm batt hp dah kondem! hampes jeh :|

Tebal novel ini seingat aku, 1000++ !! perghhh gila tebal beb. (novel ini aku baru aje jual pd seorg cikgu yg masa tu sebenarnya nak beli kain :d

watak utama :: MIA dan KHUZARI.

MIA :: berlagak, sombong, angkuh, takde perasaan terhadap org miskin baik tua atau muda. 
KHUZAIRI :: sangat2 baik gila. penyabar. tak reti nak marah langsung(ade juga lelaki mcm ni)

Dari awal cerita asik gaduh marah gaduh marah ( ni si mia tu laa) lepas tu satu demi satu watak sampingan dalam novel ni mati...haishhhh...

bahagia, hepi hanya dpt dirasai sekejap2 je.. 

diakhir2 cerita. superb... tangkap syahdu!! meleleh air mata. 

Tahniah. satu lg karya sedih dari penulis. :)


p/s : maaf, tp ini bukan novel pilihan saya sbb saya sgt tak minat pd novel yg terlalu berat ceritanya. sbb otak aku tak mampu terima sesuatu benda yg membebankan otak aku yg tengah serabut setiap masa :D

aku suka novel yg buat aku senyum meleret2...ketawa terbahak2.. terawang2..plus sedih.
bukan sedih, stress dari awal smpi akhir bab :d

pic novel mcm xde kot sbb lupa nak snap sebelum jual. wakakakka!! im sorry! :D

Sunday, May 8, 2011

Kerja Gila

Yuhuuuu! Assalamualaikum :)

Lama dah nak update blog tapi knp ntah sangat2 malas nak menaip nak sign in bagai. Last2 guna henpon jugak untuk menaip. Sengal!

Okek. Minggu lepas semua org tau laa kan ade PBAKL di PWTC.
Aku salah sorang laa yg terkinje2 nak pi sana pd 30hb yg lalu.

Yaa. Dari KB-KL. Gila tak gila semata2 utk pbakl nih :d

Jumaat mlm aku dah gerak ke kl, naik bus oke! Huhuhu. Subuh2 dah smpi hentian putra tu weiii!

Memandangkan tak tau nak p mana.. Aku berjalan laa buang masa ke puduraya. Ingat nak sewa hotel, kensel.

Hampir jam 10, aku gerak ke pwtc. Perghhh.. Pening beb mana nak jelajah. Org pun dah ramai, sesak2.


Tepat jam 10, dewan tun abd razak dibuka..pusu2 laaa manusia2 masuk. Aku...tunggu dah lengang baru laa masuk :p

Target? Mesti laa fajar pakeer. Heee ..

Woiii.. Takkan nak citer dr a ke z kot hikkk.

Hmmmm byk laaa jugak memborong kat FP tu atau lebih jelas, hanya borong kat FP shj!

Sori KN sbb xdpt ke booth KN, tak jumpa! Huehuehue.

Tunggu2 orkid, tp x sampai2. Tal larat wei nak tunggu.

Yg dpt jumpa, penulis ABANG KHAI TOMBOY & DIBIUS CINTA. tapi x mintak otograp pun sbb tak beli novel mereka.. (dah beli sebelum2 ni takkan nak beli lg? Awok tak kaya) :d

Hmmm.. Pada miss Nera juga, maaf sangat2. Dah ke booth info didik tp tak nmpk 1 pun novel Nera. Nak tunggu Nera mmg tak dapek. Maaf ya :(

Jalan2 juga ke booth JS. Nmpj laa juga 3 org penulis mereka. Sapa ntah..lupa :d

Singgah gerai gempak staz, beli 3 buku dpt 1 beg. Tp kedekut GS ni.. Bg dis 90sen jeh muahahaha

Jam 1 gerak balik ke kl sentral cari tiket train ke kb, mujur ade. Walah! 1st time naik train ..
Jugak terakhir nak naik, pasni nak naik bus xpress ajee.

Perasaan? Seronok ade, tak seronok pun ade.
Published with Blogger-droid v1.6.7

Wednesday, April 27, 2011

3 iDiOts vS 3 DoctOrs

Kah!!

inilah dia. watak sebenar di dunia realiti. bukan lakonan! kah!!

aku sendiri tak sangka dan tak dapat bayangkan rupa2 memang ada insan yang hampir begini karakternya.

Am, Acong dan Adi. Kah!!

memang lepas ni nak kena layan balik cerita ni. kah! kah! kah!








Dr.Am Dr.Adi Dr.Cong.
Kah! Kah! Kah!



Dr.Am = memakai spek. skema. tegas. nakal nauzubillah.

Dr.Adi [kesayangan aku] = paling cute! hahaha. paling katik. paling mantap. paling bijak ;) mcm mana watak amir khan. mcm tu lah dia.

Dr. Acong = tingggi kurus melidi. blur.. hahaha(ni dia sendiri yg cakap oke) hehehee.








---[[[ A.i.D.S ]]]---

Sunday, April 17, 2011

Rindu Lagi

Jangan menangis.
  ~~> Ya. Sedang cuba untuk tak menangis

Jangan Sedih sedih.
  ~~> Ya. Sedang cuba kurangkan sedih

Jangan nakal nakal.
  ~~> Ya. dah hilang nakal sejak "ituari"

Jangan sayang banyak banyak.
~~> Ya... Takmo sayang banyak banyak lagi. sayang sikit sikit je.
 ~~> TIDAK! Mana boleh nak jawap macam tuh!

kalau jawap Tidak, akan berakhirkah keadaan ini...
kalau jawap ya. akan berterusankah situasi ini...

Jangan rindu rindu.
   ~~> Eh.. takde pun pesan macam tu! adakah boleh terus rindu rindu? kalau macam tu, nak tuju tuju rindu! heeeeee! big hug hee hee

  
HiShhh!!! menapekah semua pesanan dia semuanya JANGAN JANGAN JANGAN...??
errrr..urmmm...perkataan berlawanan jangan apa ye? big grin


nota kasih ~~~>> kasih sayang dan rindu.. takkan pernah berubah. kerana ia memang milik kamu,untuk kamu .. abg aidil adik nur. kalaupun ade yg lain(lelaki) utk mereka adalah lain. tak akan mungkin yg ini. 



Photobucket
---[[[ A.i.D.S ]]]---

Saturday, April 9, 2011

Adi vS Suraya [ Dia Segalanya ]

Salamm semua rakan blog :)

Tiba2 saya tersedar.. bila mana saya berborak dgn Dr.Am tentang Adi.

:(

Apa yang dilalui oleh Su; watak enovel Dia Segalanya, ketika jalani rawatan..

sama seperti Adi lalui sekarang. :"(

kenapa sekarang baru saya sedar?? sObsObsOb..

Adi melalui fasa hidup dimana dia tak mampu mengawal emosi sendiri.

dan sentiasa dalam perasaan NEGATIF!

Adi tak mampu kawal marah. sedih. suka. panas. sejuk. .. semua apa kita manusia rasa ketika

dalam rawatan dan pengambilan ubat ubatan dia. :'(

Saya tak dapat rasa ape dia rasa dan lalui. tappi melalui Su, saya hampir2 merasa dan memahami keadaan dia.

sedih.. hiba..


Abg Am... boleh ke Adi sembuh? :(

"dia kan kuat. mesti dia boleh! " :)

Aminn...



Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Thursday, April 7, 2011

29.....

29. 1 angka  bertambah. 1 angka yg agak besar. 1 angka dimana bernafasnya saya di bumi ini.

29. masih juga takde perubahan drastik dalam hidup.
masih juga seperti angka2 yang sudah.

29. dah cukup ke pengalaman2 yg harus dikutip,diteladani... dikutip,dihindari...



orang lain harusnya gembira.

tapi saya? kenapa saya sedih semacam? terima ucapan satu2 dari dia pun sambil tersenyum
dan mengalirkan airmata.

kenapa bersedih. kenapa menangis. kenapa sebak. pilu.

kenapa baru pikir apa nak pikir .. juga menitis air mata.

kenapa susah mencari jawapan pada soalan sendiri.

sesunnguhnya.. HATI INI Adik Nur YANG PUNYA~!


  • Adik nur mmg tak boleh tak sayang abg aidil byk2. sbb sayang adik nur mmg byk2
  • adik nur yakin sayang adik nur ini sayang yang bagaimana.
  • sayang adik nur pada abg aidil yang bukan abg aidil.
  • jangan kisahkan sayang yang tak seberapa dan selayaknya ini. =)
  • yang bukan sesiapa itu.. adalah adik Nur
  • Dia bahagia,  Owang akan turut bahagia.
  • jauh dekat. depan mata tanpa mata. datang pergi. ada tiada. sihat sakit. hidup mati.
  • Adik Nur SAYANG SANGAT SANGAT dengan Abg AidiL.
  • sayang. BUKAN "sayang"



pesanan penaja ::: Jangan Biarkan Sayang Ini Menghantui Hari2 Anda! =) Jika Tak Mampu... mmmmm.. Fikirkan Yang Terbaik Utk Anda. o...key? ^____^







A.i.D.S~~!







Gratisan Musik



Photobucket

Saturday, April 2, 2011

5 Tahun 5 Bulan ~~>> HLovate vS Adi

Salam :)

Semalam tanpa berlengah, dengan hujan ala2 renyai saya drive ke

PESTA BUku Kelantan!~

tak tau ape nak beli. pusing2. belek2. terjumpa laa rak JS,SF(ade la jugak beberapa buah buku KN)

dan ini laa yg saya beli. (siap isi borang luckydraw 4 April nnt) hikhik!~

*~*~*~*~*~*~*~*

DULU...(tak ingat tahun bila) pinjam novel kawan.

novel aa+bb ( iye kan tajuknya)

masa baca novel ni... siyes tak tipu, saya merasakan  ni adalah Adi .

sampai 1 tahap saya nak hadiah novel ni pada Adi.

taktau kenapa saya merasakan seolah2 itu Adi.

bila saya baca balik novel hlovate. teringat balik ape saya rasa masa tu.

5t5b :: karakter yg saya rasa lebih kurang aje. Jo, Along, Bat, Yaya.

PELIK.

tapi akhirnya saya faham :)

Mengenali Adi. kemudian secara tak sengaja mengenali dua sahabatnya.

DR. Acong dan DR. Am.

SEPESEN!! hahahahaaa...

*****


5 Tahun 5 Bulan = SUPERB!!~ (walaupun aku agak kelewatan. kohkohkohkoh)




Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Tuesday, March 29, 2011

566 Hari Mencari Cinta



PROLOG ::::...  Sinis, Ego, Pisau Cukur!~ dan tentu Seksi!


hahahahhaa...

EpiLOG ::::...  Mencuit Hati ~ :: Pada hari perkahwinan, didepan suaminya..

dia suruh Fatin jaga kekasihnya baik2.

Apa lagi. Main kejar2 lah dia dgn suaminya!!

Simpati dengan Ruzair. dua2 terlepas :|

TAHNIAH!!~




---[[[ A.i.D.S ]]]---

Tuesday, March 22, 2011

M.A.i.D :: walahhh!~ sangat hepi ::

M.A.i.D. Terkejut. Tibe2 posmen anta bungkusan. Baru malam ahad lepas saya buat bayaran. TQ KN! Hehehe
Published with Blogger-droid v1.6.7

Saturday, March 19, 2011

Chand SiFarish

Rindu.. sangat rindu.
kenapa masih wujudnya rindu ini untuk dia sedang dia mungkin sudah "tiada"

febuari lalu genap 2tahun dia hilang dari "pandang"
hari terakhir dia khabar dia akan ke Labuan.
Labuan....di mana hilangnya jejak dia. dan aku sangat arif.
dia akan hilang bila dia ke labuan dan akan muncul bila sudah pulang ke semenanjung.
benarkah dia masih disana? :(

adakah ini sayang? atau sekadar harapan bila jiwa kekosongan...
ntah. takde jawapan.
kerana aku masih rela begini.

***********
Nota KaKi :: Hidup aku serabut pulak dgn jiwa hati dan perasaan aku ni. 
kasihkan A
sayangkan B
harapkan C. 
weyuhh!!~ ade ke org mcm aku ni..ishkkkk.


tapi A dah aku cuba buang dia dari hati dan masih sedang terus membuang. maaf .. bukan jodoh kita mungkin.


**********

  • aku nak seru2 nama faridz supaya dia tibe2 ingatkan aku ni. bolehkah?? :D
  • **tepuk2 bantal dan seru nama AFDO 3x**
  • ALLAH, sampaikan ingatan aku ini padanya. Aminnn.



hmm hmm hmm hmmm la la la
hey hey hey hey ah ha
subhaan allaah subhaan allah subhaan allah 
subhaan allaah subhaan allah subhaan allah
valle valle
valle valle
chaand sifarish jo karta hamari deta woh tumko bata
sharm-o-haya pe parde gira ke karni hain hamko khata
zidd hain ab toh hain khud ko mitana hona hain tujhmein fanaa
chaand sifarish jo karta hamari deta woh tumko bata
sharm-o-haya pe parde gira ke karni hain hamko khata
valle valle
valle valle
teri adaa bhi hain jhonke wali chhu ke gujar jaane de
teri lachak hain ke jaise daali dil mein utar jaane de
aaja baahon mein karke bahana hona hain tujhmein fanaa
chaand sifarish jo karta hamari deta woh tumko bata
sharm-o-haya pe parde gira ke karni hain hamko khata
subhaan allaah subhaan allah subhaan allah
subhaan allaah subhaan allah subhaan allah
hain jo iraaden bata doon tumko sharma hi jaaogi tum
dhadakanen jo suna doon tumko ghabraa hi jaaogi tum
hamko aata nahi hain chhupana hona hain tujhmein fanaa
chaand sifarish jo karta hamari deta woh tumko bata
sharm-o-haya pe parde gira ke karni hain hamko khata
zidd hain ab toh hain khud ko mitana hona hain tujhmein fanaa












---[[[ A.i.D.S ]]]---

Tuesday, March 15, 2011

M.A.i.D + 566 Hari Mencari Cinta + Pilihan Mama

Assalamualaikum WBT Sahabat :)

Haaa.. ni saja nak selit2. tiga novel ni Keluaran KAKINOVEL bulan April
dah pun boleh diorder.

dah semestinya saya ... aFaiSh. hikhikhik dah pun order 3 novel ni seminggu yg lepas.

MAID :: memang hangat diperkataan. memang ramai yg tertunggu2 memilikinya.
566 Hari Mencari Cinta :: ada yang tahu ada juga yang belum pernah baca. tapi saya suka sebab watak heroinnya yang angguh,ego,ganas(mmg suka sgt watak mcm ni. hehehe)
Pilihan Mama :: Serius saya tak penah lagi baca walau 1 bab. blog penulisnya pun ntah ade ke tak hikhikhik. 




Layannnnn!!~













---[[[ A.i.D.S ]]]---
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ayatul Kursi

AYAT KURSI

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm, lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard, wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem

"Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him Nor Sleep. His are all things In the heavens and on earth. Who is there can intercede In His presence except As he permitteth? He knoweth What (appeareth to His creatures As) Before or After or Behind them. Nor shall they compass Aught of his knowledge Except as He willeth. His throne doth extend Over the heavens And on earth, and He feeleth No fatigue in guarding And preserving them, For He is the Most High. The Supreme (in glory)."
[Surah al-Baqarah 2: 255]

"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi(1) Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Subhanallah. ..