nuff

(7/4/2011 12:12:09 AM): hepi besdei adik nur abg aidil...

(7/4/2011 12:18:41 AM): jangan nakal2.. jaga diri baek2... jgn sayang abg aidil byk2.. jgn ngalir2 air mata sbb abg aidil .. andai satu hari nanti abg aidil tade... jgn susah2 kan diri... masih ada insan lain yg sayang dgn adik nur.... abg aidil bukan sapa2... abg aidil hanya insan biasa yg masih mencari kehilangan diri sendiri... abg aidil tak mau adik nur sentiasa bersedih krn abg aidil ...

test

tQ 4 kLik!~ (pls klik...lg rm15 nak dpt my 1st rm50. huhuhuu)

About this blog

ini blog rojak!! kekekekee

so.. enjoy! =) agagagagaa

Friday, October 5, 2012

coke and sundae ii part1

lolol!!!
kehkehkeh!!!
adoyai!!

siyes..baru m/s 2 3 aku dah gelak guling dgn pangai sengal syakir!

jom sambung.hehehe..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 2, 2012

novel-novel raya! yay!

Suamiku Encik Perfect 10!

whoaaa...  beli sebab penulisnya bernama SYAMNURIEZMIL  Auch!

ni belum baca lagi ya.. hehehee..

jom baca! *** desyummm!! tejun dalam dunia khayalan !

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, September 1, 2012

testing 123! heee

assalamualaikum wbt ..

aiyak!! sangat2 lama tak jenguh blog..

lepas ramadhan terus jd penganggur terbaek! huarghhh..

salam aidilfitri .. salah bahasa dan kata harap dimaafi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, May 27, 2012

Bukan Aku Tak Cinta - Qash Irdina

salam..


novel hot!  ade sape2 dah milikinya??


me baru beli mlm td huhuhu..


Qash Irdina. nama penulis yg novelnya antara saya tunggu.


b4 ni saya taktahu Bukan Aku Tak Cinta ni milik Qash. walaupun tiap2 hari Fajar Pakeer pomotnya kat Fb.


ntah. tak perasan dimana kot silapnya hehee..


sampai 1 hari saya tertengok nama penulisnya. aiseh!


jom baca!!


**SAYANG SAMPAI SYURGA** -


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

new!! novel KEA.

salam.. senyum sengih. huh.. :p


ok, pagi ni terima novel KEA dan juga MAMPU MENCINTAIMU. ( belum snap huuu..)


** kesungguhanmu menawanku..

cinta itu adalah medan perjuangan untuk mereka yang sanggup berjuang! - kea alyissa, arasharrina.


ps: sweet sgt covernya. saya suka hijau!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 13, 2012

calon jodoh untuk adik- areila sahimi

siap baca dua hari lepas.


ok ok laa.. hehehe.. TT areila utk saya! ngaaa... ade nama saya! ngeeee!


tak terduga la pulak yg penulis2 nya akan letak nama. hehehee ..


bila teringat balik, kesian kat kawan .. tuan punya novel ni.


sebab ape? hehe sbb


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 11, 2012

Amaran Tsunami. ALLAH, Selamatkan Kami..

Ombak tsunami dijangka tiba di georgetown pada 9.11pm 11/4/201


 ,port dickson pada 2.10am 12/4/2012 , dan singapore 7.51am 12/4/2012

SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU , JAUHKAN DIRI DARI PANTAI 

HARAP SEMUANYA SELAMAT ..
 
YA ALLAH... JAUHKANLAH KAMI DARI BENCANA INI







IMEJ ini dikeluarkan oleh Pentadbiran Atmosfera Lautan Kebangsaan (NOAA) 
menunjukkan kemungkinan pergerakan gelombang laut yang bakal berlaku
 berpunca gempa yang berlaku di luar pantai Indonesia. Sumber: EPA (11/04/2012)









Thursday, April 5, 2012

maaf jika aku tak sempurna-acik lana **yaey!!!**

salam.. ngaa..


walah walah walah!!!


sungguh aku terharu oke!!


miahahahaa...


sayangku acik lana. tQ! ;))


walaupun lambat dapat dr KN. rasa terubat bila dpt peluk ni :p


yehaaaaa!!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 31, 2012

Hujung-Hujung Nyer Novel :D

salam.. :)

dah penghujung Mac 2012, tapi satu n3 pun takde.. menapa? hehehehee...

terlalu bz dgn cerita korea! ngAaaa! koreafever! hohohohoo.. ah sudah!

tak baca novel? tak beli novel??

owhh... semestinya beli tiap2 bulan.. sob sobsob..

agak kemalasan lah pulak nak snap, publish bagai.. heee!

bulan ni novel ape ek saya beli n baca? hmmm.... kejap!!

1- jodoh itu milik kita ( belum publish kan sini kan? hehe

2- awas! bila hati sudah sayang ( tak tahu menapa, kawan2 pinjam baca.. pinjam pagi, petangnya dah pulangkan. **garu2 kepala**

3- cik bunga & encik sombong ( novel ni best!)

4- sebenarnya saya isteri dia ( yup! opkos best! ) ** follow blog zura ni tp tak penah baca e-novel2 beliau! ngahahaha.. mebi penah baca bab awal2. kemdian saya stop.
bila saya nampak ade novel mana2 blog yg saya follow, insyaAllah saya memang akan beli.

itu cara saya support mereka ;)

novel akan datang, sedang menunggu ketibaan

1-opkos laa novel acik lana hehehe... Maaf JIka Aku Tak Sempurna.

2- Calon Jodoh Untuk Adik - Areila ( semua novel milik beliau saya ada!) ape blog dia ek? kekekekeke

novel akan akan datang!!

1- Dia Segalanya - SHa Ibrahim. ( miss my adi. alhamdulillah, kesihatan dia agak baik dan menjalani kerja2 doc nya dgn baik tanpa terlalu stress. SURAYA pula mcm mana?)

2- Hikayat Cinta - Darn! serius sangat stress menunggu novel ni masuk kedai :(

3- Suami Aku Ustaz ( ini cerita pasal sepupu kawen sesama kan? n heroinnya tu kawen masa SPM kan? heheheheee... baca sikit aje kat blog.


KESIMPULANNYA, bagitahulah saya jika novel anda akan berada dipasaran!! kikikikikiiii...

opst!! mujur ingat! minggu lepas beli novel DAMYA HANNA- INgin Berkasih LAgi. best tak?? masih dalam  pembalut plastiknya :D

 so bzzzz! with korea :D


Photobucket         ---[[ A.i.D.S ]]]---

Tuesday, February 28, 2012

Kau, Aku, Kita - Orkid Edyliyne ** frustrated!!**


salam... agak xde mood nak menaip bagai :(

sekali lagi...  novel terbaru O.E dpt tangan.

dan sekali lagi.. O.E bg yg best utk dibaca

tapi.... saya sedikit kecewa :( novel yg saya beli ni... hmmm ade page yg kosong :(

dari bab 29 hingga 33 mungkin. :((

~~> tak tahu ape yg Syeen ckp pada Aus.
~~>tak tahu apa yang Syeen ckp pada Iman pasal parents dia.

aaaaaa!!! stres~~S!!

enjoy ur reading ;)

Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Wednesday, February 1, 2012

Review :: Pabila Cinta Memanggilku





25% POTONGAN HARGA di 68 Cawangan Kedai POPULAR di Seluruh Malaysia. Dapatkan novel PABILA CINTA MEMANGGILKU di POPULAR sekarang.
SINOPSIS :

Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, Yoep dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.

Yang Ayesha : "Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak."

Adam Harith seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.

Adam Harith : "Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?"

Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.

Amirul Irfan : "Awak ni memang degil lah Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti..."
Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?

Judul : Pabila Cinta Memanggilku
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM19 
Sabah / Sarawak : RM22


SEDUTAN 1 ( Bab 4 )

"Pakai biasa-biasa sudahlah!" ngomelnya.
Aku memandangnya pelik. "Inilah pakaian interview. Apa masalahnya?" tanya aku.

"Cantik sangatlah! Saya takut awak terus dapat kerja tanpa interview! Selalu pakai seluar, pakai je lah seluar! Awak ini, memang menggoda iman sayalah."

Aku ketawa! Macamlah selalu sangat melihat aku, aku memanglah berpakaian sempoi, tapi ini temuduga, kenalah bagi good impression!
"Macam ini bertudung litup ini awak kata tergoda iman awak? Awak ni biar betul?? Model-model awak tu lagi seksa... tak pula awak tergoda??" Aku pernah melihat model-model seksi dibutiknya sewaktu aku menghantar bunga dahulu. Lagilah seksa!
Adam terdiam. "Itu lain. Itu pekerja, ada boundaries! Kita tak boleh bercinta dengan pekerja kita, Ayesha." Ujar Adam, perlahan. Muka macam dissapointed. Apa kes?

"Cepat sikit, saya follow awak. Nanti bos saya sampai, saya tak mahu dia tahu saya pergi interview!"

"Awak nak follow apanya, awak naik sajalah kereta saya." Adam membuka pintu keretanya untuk aku. Aku melihat keretanya, BMW 5 series berwarna putih, walaupun bukanlah kereta kegemaran aku, tetapi untuk menaikinya, adalah menjadi idaman sejak dulu lagi.

"Hish saya naik kereta kancil saya lah!" Aku jadi segan.

"Saya hantar awak cepat sikit. Jom! Lagipun saya tak pernah bawa orang perempuan naik kereta saya tau... awak orang pertama naik selain my mom." Adam tersenyum.
'Apa maksudnya??' Aku tertanya-tanya. Aku terus naik setelah dia mendesak sangat. Lagipun, bos dah nak sampai waktu-waktu macam ni. Aku dah minta time off through sms tadi, bos sendiri yang approved. Kalaulah dia nampak aku dekat sini, mesti mati aku! Sudahlah dia tak tahu lagi aku nak cari kerja lain. Jangan sesiapa bocorkan rahsia sudah. Biar dia tahu dari mulut aku, baru puas hati.
Adam menutup pintu setelah aku masuk ke dalam keretanya, dia kemudian membuka pintu pemandu dan masuk ke dalam. Dia tersenyum kepada aku. Aku jadi tidak selesa apabila terlalu dekat dengan Adam. Rasa semacam! Feel tu lain... Oiii Yang Ayesha! Jangan fikir yang bukan-bukan, Adam tu anak orang kaya, dia tu ada butik sendiri, dia tu mesti dah ada awek, lepas tu dia tu anak mak, mak dia ranggi gila! Kau memang tak ngam! Jauhkanlah perasaan aku ni kepada Adam! Dia kawan... kawan sahaja!

"Ready?"
Aku mengangguk. "Awak betul nak bawa saya pergi temuduga kan??"

"Kalau awak nak dating dengan saya, okay juga!"

"Awak boleh fikir dulu tak ayat-ayat awak tu sebelum bercakap dengan saya! Cepatlah..."
Adam tergelak! Lantas dia menekan minyak, keretanya menyusur laju.

------------------------------------

SEDUTAN 2 ( Bab 8 )

"Lepas ni giliran kita pula, Yang." Bisik Adam ke telingaku.
Entah dari mana dia datang, tiba-tiba di belakang aku. Bau cologne nya menusuk hidung aku, wangiannya memberahikan! Aku buat tak dengar je apa yang dia cakap. Walhal aku dengar, aku rasa nak picit-picit mulutnya.

"Kalau awak tak mahu bertunang, kita kahwin terus pun okay juga."
That's it! Kesabaran aku dah mencapai tahapnya.

"Awak kalau betul nak kan saya, awak pikat saya sampai saya suka dekat awak, Encik Adam!" ujarku.
Aikk... aku sebenarnya nak cakap lain, kenapa lain pula yang terkeluar ni? Aku bingkas bangun ke luar rumah. Buatnya orang dengar bicara aku dengan Adam, malu beb!

"Hahh.. Betul ke?"

"Saya tarik balik!"

"Mana boleh tarik balik. Kalau saya berjaya pikat awak, awak akan terima saya?"

"Saya nak tarik balik."

"Tak boleh macam tu Yang, awak ni sengaja seksa batin saya ni." Rayu Adam. Adam bersungguh-sungguh.
Aku malu. Macam mana nak tarik balik ni, dah terlajak! "Banyak lagi perempuan lain."

"Seorang saja yang saya nak, yang ada depan saya ni! Saya janji saya akan jaga awak sebaiknya!"
Aku tersenyum. Malunya berbicara benda macam ni. Adam ni biar betul??

"Esok saya start kerja dekat hotel."

"Jangan tukar topik okay."

"Boleh tak jangan cakap pasal tu... gila seganlah!" Muka aku merah. Hish... cerita bab-bab perasaan ni, aku jadi segan, aku jadi geli, aku jadi tak torah! Merepeklah semua ni.
Adam tergelak besar. "Esok saya datang jemput?"

"Tak payah, saya naik kancil saya je."

"Betul?"
Aku mengangguk-angguk. Suasana diam seketika. Aku tak tahu apa nak cakap lagi, kan aku kata benda ini akan merosakkan persahabatan aku dengan Adam. Adam degil!

"Saya janji Yang, saya akan pikat awak sampai awak jatuh cinta dengan saya. Saya berikrar mulai sekarang, hanya Yang Ayesha untuk Adam Harith!"
Aku ketawa... "Beranganlah!"

"Selalu angan-angan jadi kenyataan..."

"Eleh!" Aku mencebik.
Itu saja yang aku boleh lakukan. Aku tak tahu harus fikir apa lagi. Semua ini terlalu pantas buat aku dan aku masih belum bersedia. Ya, bercinta tu bukannya tak best tapi belum tiba masanya. Tunggulah bila aku mahu jatuh cinta... orang itu pasti sangat bahagia!

"Kita tengok nanti..."
Amboii.. tekadnya dia. Aku pula berikrar akan menepis cintanya itu! Wahh.. berjayakah aku? Sedangkan sekarang.. angin angau dah sepoi-sepoi bahasa lalu di hadapan aku ni...
COVER NOVEL :
Untuk melihat Cover Novel PABILA CINTA MEMANGGILKU KLIK DISINI

Novel terbaru dari penulis novel TERLANJUR MENCINTAIMU - Syamnuriezmil. Novel pertama beliau pernah menduduki no 1 carta Bestseller di POPULAR. Dapatkan novel ini di MPH, POPULAR seluruh negara

PROMOSI MENARIK :
25% POTONGAN HARGA di 68 Cawangan Kedai POPULAR di Seluruh Malaysia. Dapatkan novel PABILA CINTA MEMANGGILKU di POPULAR sekarang. Promosi bermula dari 23/01/12 sehingga 6/02/12. Dapatkan segera sementara stok masih ada. Anda Mempunyai kad popular atau tidak, Tetap diberi potongan harga 25%. Diskaun 25% menarik untuk member dan non member. rebut peluang ini.



Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Sunday, January 8, 2012

Cenyum Cokmo!!

MYSPACE : Kami musuh anda wahai Facebook !

TWITTER : Takpe Facebook, aku back-up kau .

GOOGLE : DIAMMM !! Aku ada semuanya .

MOZILA : Eh , tanpa aku , korang tidak boleh diakses .

IE : Wei Mozilla , sendrik mau ingat ha . . gua kan ada !

MOZILA : Lu pehal ? Kacau line orang jer !

IE : Lu dulu la mamat , mengaku lu sorang jer boleh akses pada diaorang tadi ! !


INTERNET : Sudah !!! jangan gaduh-gaduh ! Kalau aku takde , korang lagi la takde ! Power tak aku ?


FACEBOOK : Hmmm , akulah yang paling ramai di kunjungi . Jadi gua yang terbaekkkkk !!!


YAHOO : Facebook, jangan riak . Kalau aku takde, mana boleh buat email !


GOOGLE : Yahoo, Gua kan boleh buat email gak !


MAXIS, CELCOM, TMNET : (serentak) Ehem! Lu org ingat kami ni kayu ?


TNB : Diamlah korang, nanti aku matikan elektrik..baru korang tau siapa paling power!


HUHUHUHUHUHU~


^-^

Photobucket ---[[[ A.i.D.S ]]]---

Thursday, January 5, 2012

Hati2 bila beli-belah!! Darmm!!

Salam..
Terasa sakit hati. Sedih pun iya.
Bukan sebab duit. Tp layanan yg diberi selepas kita membeli dah xpuas hati dgn produk.
Tak perlu buat bodo! Tak perlu block fb. Jika kamu benar!
pada anda diluar sana. Tlg hati2 pd syarikat sebegini.
Tak guna hu ha hu ha " semoga urusan jual beli diberkati" kalau begini gaya urusan kamu.
P/s : urusan aku dah selesai. Kini kamu dgn Allah.
Wasalam.
Carikan penawar utk aku ubati hati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ayatul Kursi

AYAT KURSI

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm, lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard, wa la ya'uduhu hifdhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Adheem

"Allah! There is no god but He - the Living, The Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him Nor Sleep. His are all things In the heavens and on earth. Who is there can intercede In His presence except As he permitteth? He knoweth What (appeareth to His creatures As) Before or After or Behind them. Nor shall they compass Aught of his knowledge Except as He willeth. His throne doth extend Over the heavens And on earth, and He feeleth No fatigue in guarding And preserving them, For He is the Most High. The Supreme (in glory)."
[Surah al-Baqarah 2: 255]

"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi(1) Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan
rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Subhanallah. ..